B L A B L A B L A

Photobucket

Thursday, December 15, 2011

alright. She's change. And I pretend to be okay. Dumb ass.

Tuesday, September 6, 2011

COLORS

by, Ann
Thanks sweetheart. :)

AARRGGHHH!!!

Tahun nie gua sambut hari raya kat Melaka. Sambutan hari raya tahun nie same je macam tahun2 lepas. Seronok 2 memang seronok.

Gua bakar lemang. Lemang gua sedap. Puji gua terhadap diri gua sendiri

Gua pon ade main mercun, meriam, revolver dan M16. Rase macam hero cite James Bond plak bile ade letup2 nie.
Gua pon ade tolong ibunda dan nenekenda (main tibai je) menganyam ketupat. X sangke gua kreatif. Tapi sebijik ketupat je la. Leceh ah nak menganyam. Lalu senyap2 gua belah.

Gua pakai jugak baju raya baru. Kaler maroon. Sekali pandang x tumpah macam Aaron Aziz. 2 kali pandang macam Jehan Miskin. 3 kali pandang macam Fahrin Ahmad. Ish, dah la. Malu I. *PANG!


Duit raya pon gua still dapat.
Walaupun hari raya, tapi gua still bersedih. :(

Sebab gua ade terbaca paper ni :

Menyesal gua paksa Lisa sebut "hari raya" banyak2 kali.

P/s: Selamat Hari Raya

Tuesday, August 23, 2011

SEKILAS IKAN DI AIR, SUDAH TAHU JANTAN BETINA



Ini hostel gua. Colourful kan? Ignore bebudak yg berbaris tu. Muka2 lepas ditinggalkan mak bapak.

5 tahun gua duduk kat hostel ni. Dorm gua yang block kaler pink 2, name beliau Omega. Memang sesiapa yang jambu je boleh duduk kat block jambu 2. Antara mantan2 penduduk jambu block Omega adalah seperti Ashton Kutcher, Lee Min Ho, Daniel Radcliff, dan juga Iqbal Hisham.

Ok, pengalaman gua dok kat hostel ni memang berlambak lambok lambek. So sesape yang bakal duduk kat hostel tu, ni gua nak cerita lah sikit.

Kat hostel, gua rase Dewan Bahasa dan Pustaka sepatotnya terbit kan kamus bahasa hostel la. Memang banyak gua cakap lu. Perkataan2 seperti capap, sodorm, fly dan macam2 lagi, walaupun bunyik macam blue, tapi xde lah blue sangat.

Capap = menyibuk/cari publisiti
Fly = bukanlah budak2 menjadi Superman, malah xde sayap pon nak terbang. It's menyusup keluar aka panjat pagar , outing xde kebenaran
Lampi = lambat pick up
Sodorm = solat dalam dorm
etc..........

Kat hostel, senior dianggap dewa dan suci. Kalau berjalan bertentangan dengan senior, kepala haruslah tunduk, mata memandang ke bawah sambil mulut menyebut "Assalamualaikum, abang" . Alalala, tapi yang panas, abang 2 leh wat kerek je x jawab salam. Tapi gua tahu, dalam hati beliau bangga, junior respect [gua pon pernah jadik senior der]

Kat hostel, dekat board, F3 adalah ajk dorm, F4 adalah naib manakala F5 adalah ketua segala ketua kat dalam dorm. F1 and F2 adalah hamba abdi yang kemaskan dorm. Alasan mengecualikan F 3,4, n 5 adalah kerana mereka penat study. WTF

Kat hostel, F1 n F2 adalah kerahan tenaga kerja yang disuruh melakukan pelbagai kerja seperti membasuh baju, ambik air panas, mengurut badan senior yang dah tua macam nak mati dah serta menjadi posmen hantar note2 cinta kat awek. [gua x buat la mende2 nie, gua xde awek]

Kat hostel, tido amat berharga. Gua pon xtaw nape. Kalo ade cikgu yang MC, saat 2 merupakan saat yang paling heaven. Tido merupakan aktiviti paling digemari.

Kat hostel, kami amat harmoni. Mengamalkan dasar : makanan aku adalah makanan semua, makanan semua adalah makanan aku. Harmoni bukan kami. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tapi yang panas nye bile ade budak mengamalkan dasar, makanan semua adalah makanan aku, makanan aku adalah makanan aku lah. Itu memang mintak penerajang sepam.

Kat hostel, megi ibarat spaghetti. Xkire lah megi jenama Maggi ke, Mee Sedaap ke, semua 2 diklasifikasikan megi. Sekali lagi terserlah keharmonian dan keunikan kami apabila memasak megi tersebut di dalam baldi. Menghiraukan kandungan baldi tersebut sebelum ini yang selalu nya digunakan untuk membasuh baju2, seluar, mahupun spender.

Kat hostel, coklat Cadbury yang standard harga RM2.20 [koop gua jual harga nie] , merupakan benda paling sweet la kalau nak bagi kat awek. Konfirm si awek akan bahagia sampai pagi esok.

Kat hostel, kami xde kaunter nak amek nombor giliran. Kami hanya menggunakan istilah "AFTER" untuk gune peralatan2 seperti iron, sterika, dan alat menggosok baju. Bile dah jadik senior, xyah nak "after" iron, cakap "after" budak aka junior je. Suro diorang yang gosok.

Kat hostel, para jejaka gemar mencari junior pompuan untuk dijadikan adik angkat. Konon2 nak protect la. Ceh, padahal nak mengorat. Gua baik, gua xde buat benda2 nie. Gua suroh mak gua carikan lagi awek untuk gua. C'mon la, adik angkat yang skola bagi suro jage pon x terjaga, lagi maw tambah ka?


Ini adik angkat gua. Abang angkat ngan adik angkat sama cute, sama comel, sama cute sekali lagi

p/s : Gua rindu la zaman sekolah. Yang gua maksudkan rindu adalah kawan2, bukan belajar kat kelas.


Wednesday, April 13, 2011

DIARI LISA EPISOD 2

14 APRIL 2011

Shooting habis lambat semalam. I letih sangat semalam. Bangun tido pagi nie pown lewat. Oh, hari nie birthday B. Bile I turun jer, I nampak muke B. I saje jer buat dunno, buat muke xtaw pown. B cakap, "selamat pagi sayang, cantikkan cuaca hari nie," I jawab lah "haah, cantik B". I taw B maksudkan birthday dier hari nie, I saje jer wat2 xtaw. Hehe.

Keje rumah I buat macam biasa. I tengok muke B masam jer. I saje jer nak kenekan B. Suke tengok muke B merajuk. Cute. Rase nak kiss cubit jer B nie. Hehe.

Time lunch, B makan sikit jer. Merajuk lagi lah 2. Macam budak2 la B nie. Hehe. Xper2, sabar, I suke tengok B macam 2. Ish, nakal kan sayang nie. Hehe.

Pada malamnye, I suro B tolong carikan barang I kat atas. B pown pasrah jer cari. Kate sayang, kan B. Hehe. I terus call member I suro datang rumah I. Actually, dari semalam I ngan member2 I dah plan dah nak wat surprise kat B. Hehe. B jangan bacer diari sayang nie taw. Cubit nanti.

Time B pergi cari barang kat atas 2, member2 I dah datang siap ngan kek n presents skali. Time B turun jer, we all sume cakap "SURPRISE!!!"
B senyum. Haha. Seharian xnampak B senyum. Ha, happy x B ngan surprise dari sayang nie?


Nie kek untuk B I. B malu nak tangkap pic. Pic I plak yang ader.

Mane boleh sayang luper hari penting baby sayang nie

Happy Birthday 2 B,
Iqbal Hisham,
yang ke-19. Semoga panjang umur, diberkati, berjaya dalam hidup, and always be with sayang forever.

I Love U, B

p/s: Happy Birthday 2 Iqbal Hisham

Monday, April 11, 2011

OLIMPIK

HI!

Setelah Ship Utilization Programme Delta Class dengan rasminya berjaya ditamatkan, 37 ekor makhluk2 berambut sepanjang 2 inchi termasuklah gua, bergegas bersiap untuk bertolak ke Terengganu kol 3 pm. Perjalanan menaiki bas beraircond sejuk gile tahap cipan + jarak perjalanan nak pergi Terengganu telah mengakibatkan kekejangan punggung tahap kritikal para kadet. Penat siot terperap dalam bas. Tujuan kitorang nak pergi Terengganu bukanlah sebab semata mata nak tengok penyu bertelor, tapi sebab ader Alam Inter Campus Tournament.



Bas & gadis2 litar (Bas xcukup, so naek lah bas plkn)



2 trip dah berambus kol 8 pagi lagi, meninggalkan kami anak2 buangan di belakang, ibarat anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kehausan. Dan apa pula rasionalnya menyusukan kera?!



Driver bus berdedikasi



Bas akhirnya tiba kat Alam Batu Rakit Campus kol 1 am. Perjalanan 5 marhalah (yeke?!) mengambil masa 10 jam, mengakibatkan gua rase gua kehilangan pungkok tersayang.

Kehadiran para kadet Nautical Studies disambut dengan perang psikologi dari Marine Engineering yang xseberapa sangat.

Tournament start pada esok paginya. Gua pown bantai la tido. Lesu beb!

HARI TOURNAMENT :



Kontijen Melaka Campus (mane gua!?)


Dengar orang tua membebel.


GAME :


gaya Malaysia bhai! (Mane gua?)

Team Bola Sepak – Melaka Campus 0-2 Batu Rakit Campus

OVERAL: MC 0-1 BRC


Ingat Girls Generation tadi! (Gua still xder!)

Volleyball Female : Melaka Campus kalah

OVERALL : MC 0-2 BRC


Spike! (N gua still xder!)

Volleyball Men : Melaka Campus menang!

OVERALL : MC 1-2 BRC


Naser Chong Wei? (Eh mane gua nie?!)

Badminton : Melaka Campus menang!

OVERALL : MC 2-2 BRC


Kebangkitan dramatic Melaka Campus! (Gua panjang gak, tapi xder pown dalam nie!)

Basketball : Melaka Campus 62-61 Batu Rakit Campus

OVERALL : MC 3-2 BRC


Terbaik lah lipat! (cuber cari gua)

Takraw : Melaka Campus 2-1 Batu Rakit Campus

OVERALL : MC 4-2 BRC

Game takraw sangat best! Perang psikologi sangat gile babi! Tapi killer Melaka Campus boleh tenang jer libas. Terdiam budak2 Batu Rakit.

Tapi yang paling best nye, gua juz dok tepi kat kerusi panjang ushar game, tibe2 Lisa datang duduk sebelah aku. Kadang2 rasa macam atas pelamin pown ade. Sila jangan mencemuh hamba. Hamba tahu kalian cemburu. Sebab ramai yang jeles dengan gua time 2.


Nie faveret gua! Ha! Ader pown gua! Teka la mane satu.

Rugby : Melaka Campus 15-10 Batu Rakit Campus

OVERALL : MC 5 – 2 BRC

Ketibaan skuad ragbi Melaka kat padang disambut dengan makian yang mendatangkan dosa oleh para kadet Batu Rakit. BRC sangat konfiden nak kalahkan Melaka, + jersi diorang yang baru dan fit berbanding jersi kitorang yang lama dan BAPAK besar! Tapi, terbukti mental Melaka lagi kuat. Kitorang menang gak at last! Dan gua berjaya mendapat souvenir luka di kedua kepala lutut gua + lebam biru kat pinggang gua. Memang best!


PENYAMPAIAN HADIAH KAT GALLEY :

Celebrate! Berjaya mendiamkan budak2 Marine Engineering. N makan malam 2 sangat sedap!


Trofi Kejohanan berjaya dirampas kembali. Milik Melaka Campus.


RANDOM :


Team rugby gather


Cheer!


Keje nak bergambar jer!


Dengar cakap Captain Bedil!


Gagahkan saya. (Tuan blog nak gak posing! )

At last, tamat jugak intercampus nie. Kontinjen Melaka Campus berambus dari Terengganu kol 8 pg n sampai Melaka kol 6 ptg. Episod kejang pugkok episod 2 pown terjadi semasa perjalanan. Anyway, intercampus best!


Sekian sahaja laporan sukan dari saya,

Hasbulah Bawang

p/s: majulah sukan untuk negara

Friday, April 1, 2011

HIDOP!


"Wei! biler kite nak kluar nie?"

"Entah r. Bapak bosan dowh!"

"Naek berketuat aku dok kat dalam nie"

"Aku rase aku hensem r hari nie"

"Nak kluar! Nak kluar!"

"Dapat jer kuar, gua nak tuju terus kat tempat 2"

"Ah! Ko bukan mampu pown nak pergi sane, berenang pown lemas"

"Ok kite tengok. May the best man win"



.............................................................................................................................................



"Sikit lagi! Sikit lagi!"

"Woi! Tunggu lah aku!"

"Bye2!"






Moral value of the story : Life begins with competition

p/s: seriously! gua xder idea!